Senandung Si Dayang

Senandung Si Dayang ialah sebuah siri drama televisyen fantasi epik Malaysia 2009 dibintangi oleh Elly Mazlein, Almy Nadia dan Khairil Anuar. Diadaptasikan dari cerita rakyat lama, ia mengisahkan tentang Puteri Aqilah yang menjadi mangsa sumpahan ahli sihir akibat kesilapan nenek moyangnya sehingga dilahirkan hitam legam mengakibatkan rupa parasnya menjadi hodoh. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 25 Ogos 2009 hingga 29 September 2009 menggantikan Puteri Aurora Beradu. Drama ini merupakan lakonan terakhir Khairil Khamis yang meninggal dunia pada 17 Julai 2009, iaitu sebulan sebelum Senandung Si Dayang disiarkan.[1]